Monday, January 4, 2010

ORIENTASI PSS UNTUK PELAJAR SMK BBP

Satu program Orientasi PSS akan diadakan untuk semua pelajar seperti berikut:

Hari : Isnin - Rabu
Tarikh : 11 - 13 Januari 2010
Tempat : PSS SMK BBP
Masa : seperti yang akan dipaparkan di setiap kelas

Tujuan

1. Bagi mendedahkan kepada pelajar mengenai peraturan yang perlu dipatuhi di PSS
2. Bagi memperkenalkan bahan-bahan yang terdapat di PSS
3. Bagi menggalakan serta melaksanakan Program NILAM.

Saturday, May 9, 2009

PUSAT SUMBER SEKOLAH - GEDUNG IMU SMK BANDAR BARU PERDA

*******************************************

ORGANISASI PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK BANDAR BARU PERDA

PENASIHAT : TUAN HAJI MOHD MUNIR BIN MD RAMLI
PENGERUSI : ENCIK MOHD ZAKI BIN SAAD
NAIB PENGERUSI : TUAN HAJI BAHARUDDIN BIN AHMAD
NAIB PENGERUSI 2 : PUAN HAJAH MAHKALTHOM BINTI IBRAHIM
PENYELARAS PSS : EN. MOGANA RAJA A/L ARUJUNAN
PEN.PENYELARAS PSS : PN SUHAILA BT KHAERIDIN

PENYELARAS BILIK AUDIO : PN. HAZAMI BT KASSIM
SETIAUSAHA NILAM : PUAN KOKILAVANI A/P NADESON

PEMBANTU PSS: PN ZANARIAH BT BIDIN

PENGENALAN
Pusat Sumber Sekolah diakui sebagai satu institusi yang dapat membantu mempertingkatkan lagi mutu pendidikan apabila digunakan secara terancang dan teratur. Kerja sama semua guru adalah penting bagi menuju ke arah matlamat penubuhan Pusat Sumber itu.
Selain daripada kemudahan fizikal, Pusat Sumber juga memerlukan satu badan pengurusan yang baik yang memahami tujuan dan objektif penubuhannya. Setelah memahami definisi dan konsepnya, badan pengurusan yang terdiri daripada Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja akan merancang program-program yang akan dilaksanakan. Perancangan ini meliputi semua aspek termasuk belanjawan, program aktiviti untuk guru dan pelajar, latihan, penyelenggaraan dan sebagainya.
Oleh itu, PSS SMK Bandar Baru PERDA sedang berusaha untuk mewujudkan sebuah pusat sumber yang boleh menyediakan perkhidmatan yang maksimum kepada penggunanya.

DEFINISI
Pusat Sumber Sekolah SMK Bandar Baru PERDA adalah satu tempat di mana terkumpulnya pelbagai bahan media pendidikan yang telah diklasifikasikan, dikatalog dan disusunatur untuk mudah digunakan oleh guru dan pelajar. Selain itu PSS SMK Bandar Baru PERDA merupakan sebuah tempat di mana guru dapat berkumpul untuk berbincang, memilih, merencana, menghasil, menerbit, mengedar dan seterusnya menggunakan alat dan bahan pengajaran dengan pertimbangan untuk menambah kecekapan guru demi meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran.
Secara amnya, Pusat Sumber SMK Bandar Baru PERDA adalah pusat pengumpulan dan penyebaran pelbagai maklumat yang diurus secara sistematik untuk memberi pelbagai kemudahan dan perkhidmatan bagi tercapainya matlamat pendidikan yang berkesan dan bermutu.

VISI
Meningkatkan Pusat Sumber Sekolah SMK Bandar Baru PERDA sebagai PSS TERBILANG dalam melahirkan PELAJAR CEMERLANG sehingga SEKOLAH GEMILANG sepanjang zaman.

MISI
Memupuk, membentuk warga SMKBBP yang berbudaya, bermaklumat, berilmu, berteknologi dalam semua bidang seiring dengan perubahan dan cabaran masa depan sekolah berkesan.

MATLAMAT
PSS SMK Bandar Baru PERDA mempunyai matlamat-matlamat berikut yang perlu dicapai:
1. Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah: Pengurusan Pusat Sumber SMK Bandar Baru PERDA berusaha ke arah kecemerlangan pelajar dalam semua aspek seperti keilmuan, sikap tingkahlaku dan peranan positif dalam masyarakat. Dengan perkhidmatan dan kepakaran yang ditawarkan Pusat Sumber SMK Bandar Baru PERDA diharap akan dapat memperkembangkan aspek kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.
2. Membentuk profesion perguruan yang berilmu,dinamis,kreatif, inovatif dan berdisiplin: Guru merupakan agen perubahan selain dari pemimpin yang berpengaruh akan memainkan peranan penting yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama. Melalui Pusat Sumber guru akan dapat menambah ilmu pengetahuan mereka dari masa ke semasa sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan. Inovasi yang diperkenalkan hendaklah diterima dengan baik.
3. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin: Pelajar sebagai pemimpin masa depan sewajarnya melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan. Bagi membolehkan mereka mempunyai sahsiah yang tinggi untuk memainkan peranan yang positif setelah mereka tamat persekolahan. Pusat Sumber akasn bermakna secara tidak langsung menghasilkan pelajar yang mempunyai sifat dinamis, kreatif dan berdisiplin.

OBJEKTIF
Pusat Sumber SMK Bandar Baru PERDA berusaha secara berterusan mengumpul, menyimpan dan menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk. Bahan-bahan bercetak seperti buku dan akhbar, bahan bukan bercetak seperti alatan mengajar dan pembelajaran disediakan. Ia menrangkumi semua bidang yang diperlukan seperti Sains, Teknologi, Agama, Kemanusiaan dan sebagainya. Maklumat-maklumat melalui majalah, pita video, bahan bantuan mengajar dan sebagainya itu akan membantu memperkayakan pengetahuan dan pengalaman guru dan pelajar.
Pusat Sumber SMK Bandar Baru PERDA adalah mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar. PSS SMK Bandar Baru PERDA berfungsi menambah pengetahuan di samping mencabar keupayaan dan daya pemikiran serta imaginasi pelajar. Perubahan perlakuan yang positif akan meninggikan lagi mutu pembelajaran dan pembelajaran pelajar.Untuk ke arah yang positif dan efektif, Pusat Sumber akan terus berusaha melengkapkan koleksinya. Segala bahan atau sumber maklumat akan sentiasa dikemaskini. Dengan itu mutu pendidikan di SMK Bandar Baru PERDA akan dapat dipertingkatkan.
Pusat Sumber SMK Bandar Baru PERDA akan berupaya memberi khidmat nasihat dan pandangan apabila keadaan memerlukan. Badan pengurusan Pusat Sumber SMK Bandar Baru PERDA akan menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan media pendidikan melalui sesi demonstrasi, perkembangan staf, bengkel, kursus dan sebagainya. Guru juga akan didedahkan dengan aspek keselamatan dan penyelenggaraan media tersebut. Dengan itu produktiviti profesion pendidikan akan meningkat dengan menyepadukan media pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selaras dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran Pusat Sumber SMK Bandar Baru PERDA akan menganjurkan beberapa program seperti bengkel bagi menghasilkan bahan pendidikan.

KONSEP PSS
Pusat Sumber tidak akan berfungsi dengan sempurna andainya konsep dan idea di sebalik penubuhannya tidak difahami dengan jelas. Pada dasarnya, Pusat Sumber SMK Bandar Baru PERDA mempunyai aspek-aspek berikut:
(a) Kemudahan fizikal

(b) Bahan-bahan maklumat ( bercetak dan bukan bercetak )

(c) Pengurusan yang teratur

(d) Perkhidmatan kepada pengguna

(e) Matlamat / Objektif

.
Pusat Sumber SMK Bandar Baru PERDA mempunyai himpunan fungsi-fungsi yang merangkumi :
(a) Pengumpulan maklumat sebanyak mungkin

(b) Menyusun maklumat itu secara sistematik yang mudah diikuti dan berkesan

(c) Menyimpan maklumat secara sistematik dan kemaskini

(d) Menyebarkan maklumat


TERAS PERKHIDMATAN
PSS SMK Bandar Baru PERDA mempunyai teras perkhidmatan seperti berikut:
§ Berpegang teguh kepada ajaran Islam
§ Berazam memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik
§ Bekerja dengan penuh tanggung jawab
§ Berusaha mengikis sikap mementingkan diri.
§ Berkhidmat dengan penuh muhibah dan mesra, menyayangi buku dan ilmu pengetahuan.
§ Menyayangi sesama insan.

PERSEKITARAN PSS

PERSEKITARAN PSS
SUASANA DALAM PSS

AKTIVITI PSS

AKTIVITI PSS
PINJAMAN & PEMULANGAN BUKU